Saturday, January 17, 2015

Kuliah Subuh Ar Raudhah

Allah akan mempermudahkan segala perbuatan kebaikan. Maka lakukanlah!

Sabar yang baik adalah sewaktu kena mula-mula itu. 

Tertolaknya amal jika ianya terbit dari aqidah yang tidak shahih atau jazam. Maka amalan itu hanya menjadi sia-sia sahaja. 

Ianya juga perlu dilakukan semata-mata kerana Allah.

Amalan itu perlu dikerjakan secara 
1. "Khudhu'" iaitu merendah diri
2. rughbah iaitu dengan kemahuan sendiri serta gembira melakukannya
3. ruhbah iaitu merasa ketakutan terhadap Allah
4. Ikhlas serta kasih kepada Allah
5. Menghina diri kerana keagungan dan kebesaranNya.